|
Portal KomunitiPutrajaya.Net dilancarkan bertujuan untuk mendekatkan ukhwah sesama ahli komuniti. Sesuai dengan status Putrajaya Bandar Bestari, maka portal KomunitiPutrajaya.net dilancarkan mulai 1 Disember 2009.
Dengan adanya portal KomunitiPutrajaya.Net kami berharap penyebaran dan perkongsian maklumat sesama komuniti akan lebih menyeluruh. Kini semua warga Putrajaya dapat berkongsi maklumat, informasi penting sesama komuniti samada Persatuan Penduduk, Masjid dan Surau, Agensi Kerajaan dan sesiapa sahaja.
Sebagai perintis kepada portal KomunitiPutrajaya.Net Komuniti Suria (Persatuan Penduduk Jalan P9G/3, P9G/4 dan P9G/6) telah dipilih. Mulai Januari 2010 komuniti yang terdapat di Putrajaya boleh menggunakan kemudahan ini. Anda boleh war-warkan berita, aktiviti ataupun majlis ilmu di komuniti, masjid dan surau. Agensi kerajaan juga boleh menggunakan kemudahan ini untuk menwar-warkan berita agensi kerajaan.
Untuk makluman, portal KomunitiPutrajaya.Net ini sentiasa akan dinaiktarafkan sehingga Jun 2010. Sebarang cadangan boleh dihantar ke Pentadbir Portal KomunitiPutrajaya.Net (ataupun SMS ke talian broadband 012-5052 807).
Putrajaya Bandar Dalam Taman. Putrajaya Bandar Bestari.
"Komuniti Kita Tanggungjawab Kita" |